Graduates Reference Hub for Employment and Training adalah portal sehenti kepada graduan untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang kerjaya, program dan tips meningkatkan kebolehpasaran graduan.
Peluang kepada graduan untuk mengikuti program Place and Train, keusahawanan dan Gig Economy melalui kerjasama IPT dan industri. Senarai program akan ditambah dari semasa ke semasa. Program PENJANA KPT-CAP akan ditambah dari semasa ke semasa. Graduan dari tahun 2015 (belum bekerja) sehingga tahun terkini boleh mengemukakan permohonan.
Graduates Reference Hub for Employment and Training adalah portal sehenti kepada graduan untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang kerjaya, program dan tips meningkatkan kebolehpasaran graduan yang disedia dan diselia oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Kajian Pengesanan Graduan merupakan kajian tahunan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi mengetahui status pekerjaan setelah tamat pengajian. Di samping itu, kajian ini bertujuan mendapatkan pandangan graduan berhubung program pengajian, kemudahan dan perkhidmatan institusi pendidikan tinggi masing-masing.