e-BaucarBuku@KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyambut baik pengumuman YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkenaan pemberian baucar pembelian buku berjumlah RM100 kepada Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) sewaktu perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (PBAKL 2024) semalam. Bagi fasa pertama, penyaluran akan dilaksanakan dengan kod baucar akan dijana setelah semakan kelayakan dibuat di portal GREaT, Graduate Reference Hub for Employment and Training (kendalian KPT) iaitu great.mohe.gov.my, bermula 1 Jun 2024 (Sabtu) jam 10.00 pagi. Penebusan kod baucar yang terjana di portal GREaT bagi fasa pertama ini hanya sah digunakan untuk pembelian buku secara atas talian di platform BookCapital, bookcapital.com.my sahaja dengan setiap pelajar layak menebus baucar sejumlah RM100 bagi satu kali transaksi sahaja.



Kelayakan Pemberian Baucar Buku

Maklumat Baucar Anda

Masukkan maklumat yang diperlukan untuk melihat maklumat baucar anda