21-09-2023

Graduan kini boleh mendaftar di JobMatching

Makluman Terkini.

Perhatian kepada para graduan 2019 hingga tahun terkini yang telah menjawab SKPG, anda layak mendaftar sistem JobMatching 2.0 yang telah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Sistem JobMatching@GREaT membenarkan graduan mendaftar, membina CV dengan templat tersedia dan juga membenarkan graduan mencari peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh pihak industri.

Pihak industri boleh mendaftar pada sistem Industri@GREaT untuk menawarkan pekerjaan pada sistem JobMatching@GREaT dan tawaran latihan industri kepada pelajar aktif di IPTA untuk menjalani latihan industri pada LI@GREaT.

Diharap pihak industri, graduan dan pelajar mengambil inisiatif yang disediakan bagi menaikkan ekonomi negara.

Sekian makluman.

 

Pautan JobMatching@GREaT : https://great.mohe.gov.my/JobMatching2.0

Pautan Industry@GREaT : https://great.mohe.gov.my/IndustryGREaT

Pautan LI@GREaT : https://great.mohe.gov.my/LatihanIndustri