19-08-2020

Tahniah kepada Kementerian Sumber Manusia atas... - Dato' Dr. Noraini Ahmad | Facebook

Tahniah kepada Kementerian Sumber Manusia atas kejayaan melaksanakan Inisiatif Penjana HRDF dalam usaha untuk menangani kesan penularan pandemik COVID-19.

Fenomena ini telah mengakibatkan bukan sahaja ribuan rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan, malah ianya turut dirasai di seluruh dunia.

Dipihak Kementerian Pengajian Tinggi, beberapa strategi telah digariskan untuk memastikan kebolehpasaran graduan ditingkatkan termasuklah memantapkan pelaksanaan program reskilling dan upskilling.

Selain itu, KPT juga mengambil inisiatif membangunkan portal Graduates Reference Hub for Employment and Training atau ringkasnya GREaT bagi memudahkan bakal graduan membangunkan kerjaya mereka.

Antara maklumat dan perkhidmatan yang bakal disediakan dalam portal sehenti ini adalah seperti perkhidmatan padanan pekerjaan; permohonan untuk mengikuti program reskilling dan upskilling; permohonan kemudahan penajaan dan bantuan kewangan melanjutkan pengajian; perkhidmatan untuk mendapatkan kaunseling kerjaya dan e-profiling.

Semua usaha ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan amat peka dan prihatin dalam menangani masalah pengangguran dan kebolehpasaran graduan. Namun demikian, para pelajar juga haruslah berusaha meningkatkan kemahiran dalam menghadapi cabaran masa kini.