21-09-2023

Industry@GREaT untuk Organisasi berdaftar dengan KPT

Makluman Terkini.

Perhatian kepada para Industri, Kementerian, Jabatan, Agensi Kerajaan, Badan Berkanun dan Persatuan, anda layak mendaftar sistem Industry@GREaT yang telah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Sistem Industry@GREaT membenarkan Industri, Kementerian, Jabatan, Agensi Kerajaan, Badan Berkanun dan Persatuan mendaftar dengan KPT, menawarkan peluang-peluang pekerjaan kepada graduan pada JobMatching@GREaT dan menawarkan peluang-peluang latihan industri kepada pelajar aktif di IPTA pada LI@GREaT.

Diharap pihak industri, graduan dan pelajar mengambil inisiatif yang disediakan bagi menaikkan ekonomi negara.

Sekian makluman.

 

Pautan JobMatching@GREaT : https://great.mohe.gov.my/JobMatching2.0

Pautan Industry@GREaT : https://great.mohe.gov.my/IndustryGREaT

Pautan LI@GREaT : https://great.mohe.gov.my/LatihanIndustri