22-09-2020

Program Keusahawanan Peringkat Nasional 2020/2021

YB Dato’ Mansor Haji Othman, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi hari ini merasmikan Program Keusahawanan Peringkat Nasional 2020/2021: University To Community di Scholar’s Suites, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Program ini merupakan antara usaha memperkasa agenda keusahawanan di IPT di samping menzahirkan komitmen tinggi untuk melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan pelajar dan graduan yang mampu bersaing di pasaran yang lebih kompetitif.
KPT amat komited dalam mendukung hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang berkemahiran tinggi dan berdaya tahan, seiring dengan kemajuan teknologi dan tren pekerjaan masa kini.
Dalam memastikan kelestarian keusahawanan di kalangan pelajar dan graduan, program-program keusahawanan akan dilaksanakan secara menyeluruh mencakupi penerapan pengetahuan, pengukuhan kemahiran dan sokongan yang menyeluruh supaya perniagaan yang dimulakan akan dapat bertahan dan mempunyai daya saing yang tinggi di pasaran.
Perasmian ini turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohammad Shatar Sabran, Naib Canselor UPSI dan YB Dato’ Shaharuddin Abu Sohot Setiausaha Bahagian Dasar KPT, pegawai -pegawai kanan KPT dan UPSI