11/09/2020

Bengkel Sekretariat Pengarah-Pengarah Pusat KeusahawananIPT Bilangan 1 Tahun 2020

Selari dengan aspirasi di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) dalam melahirkan graduan holistik, seimbang dan bercirikan keusahawanan, Kementerian Pengajian Tinggi telah mengambil inisiatif untuk menjalankan sesi libat urus dengan pemegang-pemegang taruh program keusahawanan dengan mengadakan Bengkel Sekretariat Pengarah-Pengarah Pusat Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi Bilangan 1 Tahun 2020 dari 18 hingga 20 September 2020.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Dr Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pengajian Tinggi.
Dalam ucapan perasmian, beliau telah menekankan perlunya diwujudkan satu garis panduan yang holistik dan berstruktur melalui program dan aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum yang berfokuskan kepada program pembudayaan keusahawanan, pengukuhan keusahawanan dan sokongan keusahawanan.
Turut serta Dato Shaharuddin Abu Sohot, Setiausaha Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar serta pegawai-pegawai kanan KPT.