1. Apakah maksud kebolehpasaran (employability)?

Berdasarkan National Graduate Employability Blueprint 2012-2017, kebolehpasaran bermaksud keupayaan untuk dipasarkan di dalam industri iaitu mempunyai kecekapan bagi mendapat pekerjaan dan mengekalkan pekerjaan yang bersesuaian.

2. Apakah beza kebolehpasaran (employable) dan bekerja (employed)?

Kebolehpasaran adalah ciri-ciri yang dimiliki oleh seseorang individu untuk mendapat serta mengekalkan pekerjaan berbanding Bekerja yang bermaksud seseorang telah mempunyai pekerjaan.

3. Apakah perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh graduan untuk meningkatkan kebolehpasaran?

Pelajar boleh mengikuti pelbagai program yang boleh membina personaliti diri positif serta program yang dapat mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran berfikir secara kritis. Di antaranya adalah program keusahawanan, program pensijilan profesional, kursus kepimpinan serta program kesukarelawanan. Pelajar juga boleh melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi bagi mengukuhkan pengetahuan yang ada.

4. Apakah program/insentif yang ditawarkan oleh Kerajaan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan?

Kerajaan telah menawarkan pelbagai program berbentuk peningkatan kemahiran, pembentukan personaliti diri yang unggul, program latihan keusahawanan, kursus pendigitalan serta pelbagai program lain untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan. Maklumat program-program tersebut boleh dilayari di portal ini disamping pelajar/graduan juga boleh merujuk kepada Pusat Kerjaya/Pusat Keusahawanan dan kaunselor di IPT masing-masing.

5. Sekiranya saya tidak mempunyai sumber kewangan, adakah saya masih berpeluang mengikuti program-program kebolehpasaran graduan?

Ya. Pelajar/graduan boleh memilih dan memohon program-program percuma yang ditawarkan oleh Kerajaan terutamanya program-program yang ditawarkan oleh IPT masing-masing.