Program University to Community (UTC) 2.0 merupakan program keusahawanan sosial yang membantu meningkatkan pendapatan syarikat perusahaaan pelajar dan ekonomi isi rumah komuniti. Program UTC 2.0 ini berfokus kepada perusahaan sosial yang dibangunkan oleh pelajar, hasil model perniagaan pelajar itu bakal memberi manfaat kepada komuniti terpilih.
Majlis pelancaran dan perasmian program UTC 2.0 telah diadakan pada 27 September 2024 bertempat di Scholar’s Suites Kampus Sultan Azlan Shah dan telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian. Program ini dijangka berakhir pada Disember 2024.