program pembangunan usahawan agrotek (pertanian bandar)

Tarikh : 16-07-2024


Placeholder Placeholder Placeholder Placeholder


Program Pembangunan Usahawan Agrotek (Pertanian Bandar) dicadangkan untuk menyokong Aspirasi Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) dan Dasar Agro Makanan Negara (2021-2025). Fokus program kepada keselamatan bekalan makanan dengan mensasarkan peningkatan produktiviti dan transformasi sektor agro makanan secara holistik dan inklusif. Program ini bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan agrotek dalam kalangan mahasiswa melalui latihan teori dan praktikal oleh mentor akademik serta pengamal industri.

Majlis penutupan telah diadakan Auditorium Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya pada 16 Julai 2024. Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Nooraidah binti Abdullah, Timbalan Setiausaha Bahagian, Kementerian Pendidikan Tinggi.

Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik, Puan Fazidah binti Mustafa turut berbesar hati melawat program tersebut dan turut serta memetik hasil tanaman terung yang telah diusahakan oleh peserta program.