Program ProCEED 3.0 2023 merupakan salah satu usaha Kementerian Pendidikan Tinggi untuk meningkatkan kompetensi tenaga pengajar dan pembimbing keusahawanan di IPT. Fokus utama program ini adalah mengukuhkan kompetensi tenaga keusahawanan sebagai kumpulan enabler yang signifikan untuk melahirkan lulusan IPT yang mempunyai orientasi pemikiran keusahawanan dan graduan yang cenderung terhadap kerjaya sebagai usahawan serta berupaya mencipta peluang pekerjaan.
Latihan telah diadakan pada 23 Oktober 2023 di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Majlis penutupan pula diadakan pada 4 Jun 2024, bertempat di Hotel Geno, Shah Alam dan telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang.