Majlis anugerah ini telah diadakan pada 8 Mac 2024 di M Resort & Hotel, Kuala Lumpur dan telah disempurnakan oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir.
Anugerah ini merupakan anugerah berprestij keusahawanan bagi sektor pendidikan tinggi negara yang bermatlamat untuk mengiktiraf Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) serta warganya yang cemerlang dalam pembangunan dan pendidikan keusahawanan.