• Muhd


    Saya telah menyemak semula status permohonan itu dan saya telah ditawarkan program Young Professional Trucker 2020 yang dikendalikan oleh UUM. Oleh itu, saya mahu menukar program lain iaitu Place and Train Programme juga diletakkan di bawah kendalian UUM yang telah ditukarkan lokasi ke UUM KL. Saya juga mahu mengambil program lain itu dan menjalani Train and Place Programme di UUM Ipoh kerana saya tidak mampu menanggung kos perjalanan yang jauh dan tidak mahir mencari penginapan di tempat yang tidak selalu saya pergi iaitu Kuala Lumpur. Lampiran pautan : http://great.mohe.gov.my/PenjanaKPTv3 dan TARIKH BARU PELAKSANAAN PROGRAM PENJANA KPT-CAP UUM Train And Place Programme 16 Nov 2020 LOKASI TUKAR KE UUM KL

  • Muhammad Al-Asyraaf


    Memberi peluang kepada para graduan untuk lebih berani dan bersemangat kearah keusahawanan dengan memiliki syarikat mereka sendiri. Bantuan dana dan insentif dengan kerjasama CIDB dan Suruhanjaya Tenaga bagi membantu dan menjadi panduan yang effektif kepada para usahawan.

  • Muhammad Faiz Abdul Rahim


    Mewujudkan kerjasama yang besar diantara syarikat-syarikat di Malaysia dan universiti untuk membentuk satu sistem 'jobhunting' sebagai satu syarat untuk menamatkan pengajian. Ini adalah berdasarkan pemerhatian saya sewaktu melakukan program pertukaran pelajar di Jepun selama setahun. Pelajar tahun akhir mula sibuk mencari pekerjaan dan menghadiri seminar dan temuduga untuk memastikan mereka boleh bekerja sejurus menamatkan pengajian. Universiti juga aktif dalam membantu pelajar misalnya daripada segi pemilihan laluan kerjaya dan mencadangkan syarikat yang bersesuaian.

  • Nurliana


    Menyediakan satu dana atau insentif kepada usahawan mahasiswa yang mempunyai kekangan kewangan tetapi minat berniaga

  • Mohd Khairul Hafiz Md Lias


    Saya mencadangkan agar sektor awam seperti Suruhanjaya Tenaga dan Kementerian Sumber Manusia menyediakan lebih banyak geran untuk pembangunan Tenaga Boleh Ubah dan penyelidikan berkaitan bahan buangan Kelapa Sawit sebagai sumber biomass dan biofuel utama negara.

  • Nur Ameerah Binti Abdul Halim


    Saya mencadangkan agar kerajaan dapat menyediakan dana/bajet untuk institusi-institusi di Malaysia (terpilih sebagai permulaan) bagi menjalankan program pembelajaran yang lebih efektif dan membantu pelajar untuk menambahkan kemahiran mereka seperti yang diperlukan oleh industri. Sebagai contoh, fakulti boleh mengadakan program workshop bersama senior graduan yang sudah bekerja di dalam industri, untuk melatih mahasiswa supaya lebih kenal dengan software atau kemahiran yang diperlukan di dalam industri. Ini secara tidak langsung akan dapat lebih mempersiapkan mental dan fizikal mahasiswa itu sendiri, supaya lebih yakin untuk ke dunia industri. Melalui workshop tersebut juga, mahasiswa dapat membina rangkaian 'connection' sesama mereka dan juga industri. Ini akan mewujudkan rasa kekitaan dan kebersamaan sesama mereka. Selain itu, melalui bajet/ dana yang diberi, pertandingan atau aktiviti berkaitan projek boleh diadakan secara berkala. Bahkan, sekiranya program berjaya, ianya boleh dibuat pula untuk batch-batch mahasiswa yang seterusnya. Hal ini dapat menyerlahkan lagi resume mereka nanti di industri. Di akhir tahun pula, boleh diusahakan untuk diadakan keraian seperti conference kecil bagi meraikan kejayaan yang terhasil dari program-program yang dijalankan. Melalui conference ini, mahasiswa akan lebih membuka mata akan kemungkinan-kemungkinan yang akan terjadi di industri dan akan dpat memberi inspirasi kepada mereka.

  • Ahmad Sharainon


    Persediaan Minda yang sihat sebelum dari waktu belajar harus lah diterapkan supaya mereka faham apa itu IQ,EQ dan SQ supaya ianya dapat di gunakan diperingkat awal sebaiknya di waktu mereka masuk ke alam university

  • MOHAMMAD HANIS BIN AHMAD TAJUDIN


    Menyedia peruntukan dan kursus keusahawanan, dimana sekurangnya graduan mendapat first income dari kursus terebut dan boleh berdikari untuk seterusnya.

  • Tan Sook Ling


    Menawarkan training program atau kursus sebagainya yang khas untuk bakal graduan, graduan untuk meningkatkan kemahiran kepada pelajar dan juga menawarkan sijil kepada sesiapa yang berjaya menyertai kursus tersebut untuk menambah nilai kepada pelajar tersebut.

  • yaakob


    mencadangkan universti menghasil kursus Degree +master atau master + phd. Bagi membolehkan graduan dapat mengurangkan masa dan kos menyambung pengajian.

  • Muhammad Yuslan Bin Mohd Yusop


    Menyediakan sebuah platform untuk graduan dimana mereka boleh mengasah kemahiran dan meningkatkan kreadibiliti melalui program-program atau kursus bersijil dibawah mana-mana pertubuhan kerajaan atau NGO dengan yuran yang lebih murah atau percuma. Bantuan sebegini boleh membantu graduan pada masa yang sama membantu melahirkan generasi yang lebih berkemahiran pada masa akan datang.

  • NUR ZULAIKHA BINTI MOHD ZAIN


    pembelajaran perlu dilaksanakan bersemuka terutama projek yang melibatkan softskill. hal ini amat penting bagi exposure pelajar untuk menceburi/membiasakan dari sewaktu praktikal/pekerjaan sebenar.

  • Muhammad Ashraf Aman


    Institusi pengajian tinggi mewajibkan pelajar memilih satu atau dua bahasa ketiga atau keempat untuk dikuasai bagi menjamin kebolehpasaran graduan bukan sahaja graduan yang mahir dalam pelbagai kemahiran dari bidang dan kursus yang diceburi, tetapi juga dalam kemahiran berkomunikasi yang mana membolehkan graduan lebih diyakini oleh pasaran kerja dan berpeluang lebih tinggi dalam meneruskan kerjaya dalam dan juga luar negara. Sehubungan dengan itu, golongan yang mahir pelbagai bahasa dapat dibentuk sekaligus melahirkan masyarakat yang harmoni dan bersepadu seiring dalam mencapai status bangsa harapan negara.

  • mohd esa


    pihak kerajaan perlu giat tarik pelabur luar dtg buat kilang industri elektronik . mekatronik di dalam malaysia. Utamakan graduan / pekerja mahir dalam negara. Pada masa sekarang modal insan keluaran aliran teknikal tersangat ramai , persaingan sangat tinggi utk menjawat jawatan yang sama bidang.

  • Hafiza


    Kemahiran mengawal emosi (EQ) sangat penting untuk graduan, baik semasa belajar mahupun ketika bekerja atau berbisnis. Pelajar boleh membaca sendiri buku berkaitan, mengikuti kursus online, atau pusat kaunseling IPTA/ IPTA menyediakan kursus ini kepada para pelajar.

  • Nur Nadhrahanani Sarju


    Memberikan pembiayaan pengajian di peringkat lepasan siswazah untuk menyambung pelajaran di luar negara. Bagi lepasan ijazah sarjana muda, perbanyakkan lebih banyak peluang pekerjaaan dengan kadar gaji yang setimpal dengan kelayakan iaitu minimum RM2000

  • Khairul Akmal Rahimi bin Ahmad Kamil


    Kebolehpasaran graduan dapat ditingkatkan dengan memperbanyakkan kursus yang mampu dihadiri oleh pelajar bagi meningkatkan kemahiran komunikasi (dan jaringan) secara lebih berkesan, membina kekreatifan dalam menjana pendapatan sendiri dengan lebih bijak, keberdayaan menjalankan pelbagai tugasan serta pengurusan emosi yang lebih stabil.

  • MUHAMMAD NUBLAN BIN ANUAR


    Melalui SOCMED, gunakan kemahiran yang ada untuk memhuat pekerjaan baharu dan memberi peluang pekerjaan kepada orang lain. Seperti multimedia di youtube untuk menambah pendapatan secara berterusan

  • Nurfatihah Rahim


    Pihak universiti perlu giat menyediakan kursus kemahiran sebagai contoh dalam industri IR 4.0 yang menggunakan Internet of things. Kerjasama bersama industri turut membantu pelajar menimba pengalaman berkerja dalam industri yang sebenar.

  • nursyamillin binti affandi


    menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada pelajar lepasan universiti mengikut kos kos yang berkaitan dengan kursus yang diambil

  • Woo Dong Yao


    Saya ingin mencari pekerjaan yang berkaitan dengan Teknologi Maklumat.

  • Danial Imran


    Meningkat kebolehpasaran bagi MSU college dalam sektor pengurusan.

  • Muhammad afiq Basiron


    Sediakan satu platfom seperti web dan aplikasi sosial perniagaan untuk idea perniagaan. Sebagai contoh perniagaan nasi lemak. Pada aplikasi ini dinyatakan idea satu-satu perniagaan itu dibangunkan seperti kos bahan mentah, iklan, tempat sesuai dibangunkan, risiko, pembungkusan dan pekerja serta lain-lain. Ianya boleh memberi inspirasi kepada pembangun idea usahawan muda untuk satu perniagaan selaraskan dengan modal yang ada. Ianya boleh dikomen dan dikritik oleh netizen sebagai penambahbaikan.

  • Tanussa Subramaniam


    MEMPERBANYAKKAN PELUANG PEKERJAAN KEPADA GOLONGAN FRESH GRADUATE DAN MENAWARKAN KHUSUS - KHUSUS PERCUMA KEPADA GRADUAN BAGI MENGURANGKAN MASALAH PENGANGGURAN.

  • TANG SAN YUAN


    Memberi insentif kepada pelajar terutama flight ticket

  • Mohd ZuL Azahar bin A.R.Rahin


    Lebih baik jika diberikan kelonggaran kepada pelajar lepasan 'Degree Of Accounting' dari IPT swasta yg tidak mendapat pengiktirafan MIA utk mendapatkan kelayakan 'chartered accountant' terutamanya yang memang telah mempuyai pengalaman kerja dalam bidang tersebut lebih dari 5 tahun. Ini kerana bila pengiktirafan tidak diberikan kpd IPT swasta tersebut, mereka yg mempuyai BAC perlu mengambil sijil atau exam lagi. Ini merupakan sesuatu bebanan kos bagi mereka. Harap cadangan ini dipertimbangkan. Ramai saja yg lepasan BAC & mempuyai pengalaman yg lebih luas dlm Perakaunan dari yg baru graduate. Cuma mereka tiada kelayakan 'Chartered Accountant' saja.

  • Nur'ain najwa


    Meningkatkan kemahiran pelajar dalam pelbagai aktiviti yg berkaitan

  • IONA EVINNA


    Teknologi Industri Higien dan Keselamatan

  • Ts. Mazuwan Bin Mustaffa


    Kebolehpasaran graduan boleh ditingkatkan apabila pelajar mempunyai kemahiran tertentu dalam bidang masing-masing. Pihak institusi perlu memastikan setiap pelajar perlu mengikut kursus peningkatan kemahiran dalam bidang yang berkaitan.

  • MUHAMAD SALIHIN BIN SUKHOIRI


    PIHAK KEMENTERIAN SEWAJARNYA MENYEDIAKN BANTUAN DARI SEGI KEWANGAN KEPADA PELAJAR MEMANDANGKAN RAMAI MAHASISWA YANG BELAJAR SECARA 'ONLINE' DARI RUMAH. TIDAK SEMUA PELAJAR MAMPU MENANGGUNG KOS UNTUK MEMBELI DATA SELAMA BEBERAPA BULAN.

  • Muhd


    Saya telah cuba mengemukakan permohonan berdasarkan hebahan Facebook Kementerian Pengajian Tinggi yang saya temui dan didapati tiada program yang sepadan untuk permohonan saya. Jika dilihat pada status permohonan itu, bagaimana saya boleh teruskan permohonan itu sehingga selesai (tempoh yang diberi untuk mengemukakan permohonan ialah selama 14 hari) dan bagaimana saya boleh tahu sama ada permohonan saya telah berjaya atau tidak berjaya? Lampiran pautan : https://m.facebook.com/MOHEOfficial/photos/a.382269055205433/3299116216854021/?type=3&source=48&__tn__=EH-R dan http://great.mohe.gov.my/PenjanaKPTv3

  • nishan rau


    Pihak kerajaan perlu membuka peluang kepada graduan dengan cepat supaya para graduan boleh bekerja di dalam sektor awam. Badan beruniform seperti polis, tentera dan juga jabatan awam boleh meningkatkan pengambilan untuk mengurangkan kadar pengangguran.

  • Fazlina Mustaffa


    para penyelia universiti hanya patut menawarkan kos yang boleh dipasarkan bagi graduan yang ingin melanjutkan pengajian. setengah penyelia hanya menawarkan kos untuk kepentingan diri sendiri supaya mereka dapat penerbitan jurnal serta meningkatkan kpt masing masing dengan melahirkan graduan. namun, setelah bergraduasi graduan mengganggur kerana ketidakboleh pasaran. penyelia perlu membuat homework kos yang bersesuaian serta menasihati para pelajar kerana ini merupakan masa depan mereka dan mereka bergantung bulat bulat kepada penyelia.

  • Aurora


    Alangkah bagus kalau kerajaan menawarkan program untuk menjadi usahawan yang berjaya. Apakah aspek seorang usahawan perlu ketahui, apakah risiko yang akan dihadapi, cara mengambil dana, cara membuat "connection". Saya rasa bolehlah contohi "Axiata Young Talent Programme". Sebab saya sendiri pun ingin menyertai program tersebut tetapi tidak terpilih selepas beberapa pemilihan.

  • WILDA NAJIHA BINTI JAMALUDDIN


    MEMPERBANYAKKAN PELUANG PEKERJAAN KEPADA GOLONGAN FRESH GRADUATE DAN MENAWARKAN KHUSUS - KHUSUS PERCUMA KEPADA GRADUAN BAGI MENGURANGKAN MASALAH PENGANGGURAN.

  • WAHIDAH BINTI HILMI


    Dengan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada fresh graduate untuk menambahkan pengalaman dan kemahiran dalam bidang yang di minati dan memberi peluang kepada fresh graduate untuk menonjolkan atau mengasah bakat yang sedia ada dalam diri masing-masing.

  • Muhammad Ikhwan Zainuddin


    Dalam menghadapi cabaran pengangguran yang amat tinggi pada tahun 2020 yang mencabar disebabkan wabak COVID-19, saya menyarankan kerajaan mengkaji untuk mengeluarkan lesen perniagaan sementara seperti lesen berniaga carboot, lesen berniaga di hadapan rumah atau bekerjasama dengan syarikat-syarikat GLC dan kerjaaan agar membenarkan anak muda berniaga di premis GLC/kerajaan bagi menambahkan pendapatan. Saat yang getir ini, saya percaya penjawat awam mahupun eksekutif GLC mampu membantu meningkatkan ekonomi negara. Kerajaan juga wajar menyediakan platform untuk mengasah kemahiran terutamanya kemahiran berkaitan IT dan teknologi kerana mengikut statistik, Malaysia adalah antara negara yang tertinggi dalam penggunaan internet di kalangan rakyat. Dengan bantuan IT dan teknologi serta platform perniagaan dalam talian dapat melahirkan usahawan internet.

  • Mohamad Hafizul Hakim Bin Jumaat


    Program seperti ini dapat lagi memberi rangsangan kepada generasi - generasi sekarang untuk lebih maju kehadapan dan dapat meningkat kan lagi daya ilmu pengetahuan

  • Prabasiri Sivam


    cara ini sangat menyokong dan membantu untuk lanjutkan perjalanan kita .terima kasih kepada pihak kerajaan.

  • NUR NADIAH BINTI MOHAMAD SAFIE


    memudahkan pelajar dengan membantu mewujudkan peluang pekerjaan dengan mengikalankan di laman sesawang yang boleh dipercayai

  • nur fatma


    Membuka lebih banyak peluang pekerjaan dari pelbagai aspek terutamanya kepada fresh graduate dan pihak tertentu juga perlu update dari semasa ke semasa mengenai kategori bidang kemahiran yang diperlukan oleh organisasi tertentu

  • Sali Suhaimi


    Saya ingin mengikuti kursus sistem SAP untuk Module Human Resources atau apa2 module selain dari modue Finance

  • Siti Nadia Atiqah Binti Darwis


    Membantu graduan dengan membuka peluang pekerjaan mengikut bidang masing masing. Semakin bertambah graduan semakin banyak peluang pekerjaan perlu ditingkatkan.Selain itu, memberikan modal/tawaran peluang kepada graduan cara memulakan perniagaan secara online di musim krisis pandemik covid-19.

  • MUHAMMAD IMAN


    saya mencadangkan supaya kerajaan merangka satu undang-undang yang mewajibkan syarikat untuk mengambil pelatih dalam kalangan graduan setiap tahun dan menyediakan insiatif kepada syarikat yang mengambil pelatih, kerajaan juga perlu merangka undang-undang yang melindungi hak pelatih-pelatih ini daripada ditindas para majikan.

  • Mohd Haizra Hashim


    Beri kemudahan kpd graduan utk menghasilkan/menghantar produk sendiri pd Lazada,Shoopee, Food Panda, Grab Food dsbgnya.

  • Muhammad Hafiy Bin Mohd Hashim


    Diharapkan pihak yang berwajib dapat memberikan lebih banyak peluang pekerjaan untuk para graduan sesi 2019/2020 dek kerana peluang kerja semakin tipis untuk batch kami akibat daripada pendamik Covid-19 ini. Kami tidak memilih cuma kami lebih memerlukan untuk kelangsungan masa hadapan kami.

  • Nurul Umira Binti Karulzaman


    Membuka lebih banyak peluang kepada fresh graduate untuk bekerja dan tambah pengalaman kerana kebanyakan syarikat ingin seseorang yang mempunyai pengalaman.

  • NURUL ATIQAH BINTI SHAM


    Cadangan untuk memberi peluang pekerjaan kepada graduan dengan menghadiri kursus2 kemahiran yang bersesusaian dengan permintaan kerja yang terkini contohnya sewaktu penempatan dilatihan industri lagi pihak IPT boleh bekerjasama dengan syarikat untuk menganjurkan program.

  • Chelsea Cassandra Damasus


    Kerajaan boleh mengadakan Webinar secara percuma yang disampaikan oleh usahawan atau individu telah berjaya agar menjadi sumber inspirasi kepada graduan. Kewujudan webinar sesuai dengan situasi yang kita hadapi sekarang. Webinar seperti ini mampu menambah pengetahuan graduan berdasarkan pengalaman hidup individu tersebut sebelum memasuki alam pekerjaan yang sebenar.

  • KUBASINY


    Membuka lebih banyak peluang pekerjaan dari pelbagai aspek terutamanya kepada fresh graduate

  • jordon


    Pihak berwajib termasuk mana-mana pihak sama ada dari kerajaan atai swasta hendaklah mempelbanyakkan perluang keterbukaan kerja atau jawatan kosong ditawarkan kepada graduan khususnya dibuka di negeri kelahiran pemohon, Bayangkan yang dari sarawak mahupun sabah yang ingin bekerja berdasarkan kelayakan mereka tidak avaiable di ngeri sendiri sedangkan jawatan kosong itu buka di negeri-negeri semananjung dan ini bahkan menyulitkan lagi dari segi perutukan kewangan untuk tujuan mobiliti atau perpindahan diaman ada sesetengah pencari kerja tidak mapu untuk berhijrah walaupun mempunyai niat untuk bekerja. Dan melaui perkara ini saya harap ianya bukan merupakan satu contoh aduan untuk mempersalahkan diri sendiri mahupun pihak lain tetapi adalah diharapkan kepada pihak berwajib tolong menyediakan peluang untuk pencari kerja mencari kerja yang lebih elok dekat dengan kota atau daerah masing-masing secara lebih kerap lagi. harap maklum.

  • Adib Faris Abdul Razak


    Kerajaan perlu memperbanyakkan peluang pekerjaan dalam sektor-sektor primier, sekunder dan terrier. Bagi mewujudkan ekonomi yang lebih baik untuk belia di Malaysia, kerajaan perlu terlebih dahulu mengecilkan jurang kemahiran graduan dari segi kekurangan kemahiran teknikal. Justeru amat penting bagi kementerian, agensi dan pusat akademi masing-masing untuk bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemain industri dalam mewujudkan program latihan berkaitan. Selain itu, Kerajaan perlu menguatkuasakan mekanisma kawalan pengambilan pekerja asing secara telus dan memberikan insentif seperti rebet cukai tahunan bagi majikan yang berjaya menggajikan pekerja tempatan sepenuhnya di syarikat mereka. Cukai dan levi lebih tinggi kepada pekerja asing boleh diperkenalkan, selain syarikat yang menggaji lebih 50 peratus pekerja asing juga turut dikenakan cukai pendapatan lebih tinggi. Pengecilan sektor yang dibenarkan mengambil pekerja asing juga haruslah diperinci kerajaan dalam membendung keadaan sedia ada.

  • Affiq Daniel Affendi


    Menggalakkan institusi pengajian menambah bilangan dan mengukuhkan hubungan kerjasama antara penasihat industri yang mampu memberi manfaat kepada graduan

  • Muizzuddin Shafie


    Membuka lebih banyak cawangan peluang pekerjaan agar para peserta boleh menyertai program yang diadakan malah pergerakkan rentas negeri juga dapat dikurangkan terutama musim pandemik Covid-19. Kelas secara atas talian juga merupakn satu cara yang baik untuk dilakukan.

  • Rafidah


    Perbaiki, kemaskini dan naik taraf sistem Protègè agar sesuai dengan keperluan semasa. Perlunya penyediaan modul untuk setiap latihan dan pemantauan daripada pihak kerajaan dari semasa ke semasa serta jaminan tempoh latihan yang tetap tidak boleh ditamatkan awal.. Mewujudkan kursus percuma kepada lepasan graduan seperti kelas pemantapan bahasa Ingeris, personaliti kerjaya, penampilan dan komunikasi.

  • MUHAMMAD LUKMAN BIN A BAKAR


    Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) sukar mendapatkan pekerjaan sama ada dalam sektor kerajaan dan juga swasta. Kami graduan ISMP berharap kerajaan boleh mewujudkan mekanisma atau peluang yang membolehkan graduan ISMP boleh diterima bekerja di dalam sektor kerajaan dan swasta dengan mudah serta gaji yang setimpal dengan kelulusan.

  • NUR ALIA SYAFINAZ BINTI MOHD ARIFFIN


    Sebagai graduan lepasan ijazah yang tinggal diluar bandar, mencari pekerjaan yang bersesuai dengan taraf pendidikan yang dimiliki amat susah untuk didapati. Kebanyakkan majikan lebih mahukan pengalaman berbanding melihat kepada taraf pendidikan. Maka, bagaimana mana kami sebagai graduan hendak mendapatkan pengalaman sekiranya majikan hanya mahu mengambil pekerja yang mempunyai pengalaman sahaja berbanding taraf pendidikan. Saya sesungguhnya meminta kepada kerajaan untuk menyelesaikan masalah dimana majikan hanya mahukan "pekerja yang berpengalaman sahaja", Jadi dimana kami sebagai graduan hendak mendapatkan pengalaman kerja dan mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang telah kami pelajari semasa diunversiti dulu

  • Norfariza Binti Mohd Zulkefly


    Membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada graduan untuk mendapatkan pengalaman kerana kebanyakan syarikat memilih pekerja yang berpengalaman sahaja

  • Siti hanizar binti Abdul Majid


    Memberi bimbingan dan dana pada graduan yang berminat dalam bidang keusahawanan. Bidang keusahawan juga antara penyumbang peningkatan ekonomi negara. Graduan yang telah berumahtangga pada usia awal juga harus di beri perhatian dalam bidang keusahawanan. Menyokong usahawan muda yang mempunyai produk dalam mengembangkan perniagaan mereka. Menyokong produk digital tempatan.

  • shafi


    membuka lebih banyak peluang pekerjaan di langkawi.

  • Izzat Afandi


    Lebih mewar-warkan peluang yang disediakan kepada graduan seperti program-program yang tersedia di MDEC

  • AHMAD BADZLI BIN AWANG @ ZAKARIA


    Menyediakan platform bimbingan dan bantuan modal dalam menjalankan usahawan/perniagaan bagi setiap graduan selepas sahaja menamatkan pengajian masing-masing.

  • wan nur shuhada bt wan shahidan


    lebih banyak kan lgi peluang pekerjaan kepada graduan menganggur, selain itu, membuat perubahan sedikit dari segi syarat pekerjaan untuk graduan yang ingin memohon kerja kerjaaan dengan meletakkan bahasa melayu lulus sahaja hal ini kerana ada sesetengah graduan tidak melepasi syarat yang telah ditetapkan

  • Abdulah Ariff Bin Omar


    Memperkasa mental toughness trough penglibatan dalam sukan. Aspek penting adalah mewujudkan rantaian perniagaan buat usahawan sukan dan mencapai keseimbangan diantara fizikal badan dan rohani secara inclusif.

  • Daarsheni Nagappan


    Pihak berkaitan perlu berhenti meminta pengalaman 3 -5 tahun untuk entry level. Ianya menyusahkan fresh graduate yang tiada pengalaman bekerja untuk mencari kerja di entry level.

  • Jude Gireneus


    Cadangan saya ialah dengan membolehkan pemegang ijazah memohon jawatan SPM di SPA. Ini kerana pemegang ijazah kebanyakannya mempunyai keputusan yang cemerlang namun apabila sampai ke tahap ijazah, kebolehpasaran bidang itu rendah. Ini memngakibatkan keputusan SPM cemerlang mereka itu sia-sia dan tidak dipoleh pakai kerana SPA menggunakan sistem one-step-lower di mana pemegang ijazah tidak boleh memohon jawatan rendah.

  • Siti Aliah


    Kesukaran mencari kerja yang berkaitan bidang Sains

  • Syafiq


    Wujudkan semula program mybrain

  • Mustaqim bin tukiran


    KERAJAAN ATAU KOPERASI HARUS MENYEDIAKAN PINJAMAN MODAL SECARA BERKESAN UNTUK USAHAWAN.

  • mustaqim bin tukiran


    Mohon kerajaan buat kajian dan kursus percuma untuk lepasan spm dan universiti, bertujuan merangka kemahiran untuk menambah pendapatan dan sekaligus memberi manfaat pada belia

  • HAFIZ


    Sediakan kursus dan bantuan modal kepada usahawan siswa yang sudah menjalankan perniagaan

  • NUR NARISSA BINTI MOHD AZMI


    Meningkatkan peluang pekerjaan khususnya kepada semua graduan untuk menambahkan pengalaman kerja khususnya dalam bidang yang diceburi

  • Nurul Atiqah Johar


    Diharapkan Majikan dapat menawarkan peluang pekerjaan kepada graduan. Dan Syarikat perlu memberikan peluang kepada graduan untuk membuktikan kebolehan dalam jagnkas masa latihan sekurang-kurangnya tiga bulan agar graduan dapat memanfaatkan tempoh tersebut bagi meningkatakan kemahiran dan pengalaman.

  • Nur Afifah BINTI Azmi


    Membuka lebih banyak peluang pekerjaan dari pelbagai aspek terutamanya kepada fresh graduate dan pihak tertentu juga perlu update dari semasa ke semasa mengenai kategori bidang kemahiran yang diperlukan oleh organisasi tertentu. Selain itu, kerajaan juga boleh menawarkan latihan kemahiran kepada graduan untuk meningkatkan inovasi dan kreativiti dalam diri mereka.

  • Toh Jia Yi


    Membantu graduan lebih mudah mencari pekerjaan yang berkaitan dengan pengajiannya

  • Lee Leroy


    Berikan kursus online percuma kepada sesiapa yang berminat untuk belajar bidang-bidang yang diminat.

  • Ain


    Banyakkan lagi pekerjaan untuk graduan. Bukan salah graduan menganggur. Pekerjaan perlu ditambah. Rakyat semakin bertambah.

  • NURUL SYAZZIANA BINTI MOHD KAMIL


    Diharapkan pihak berkaitan dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada fresh graduate untuk menimba pengalaman dan mengasah bakat serta kemahiran yang ada. Bukan kami memilih akan tetapi peluang yang dilihat semakin tipis lagi-lagi selepas krisis Covid-19 dan PKP.

  • Abilashini Mahendra Moorthi


    Kerajaan boleh mengagihkan sedikit modal untuk graduan yang ingin bermula perniagaan. Graduan bukan sambung belajar untuk bekerja untuk gaji kurang dari Rm1500. SPM level jobs also hard to get hired for the graduates nowadays.

  • Muhamad Darul Hadi Bin Zainal Abidin


    Memberi para pelajar peluang untuk meningkatkan kemahiran dengan melakukan kursus - kursus percuma di Universiti masing - masing supaya para graduan dapat mempelajari ilmu selain daripada ilmu teori yang didapati di dalam kelas. Kursus yang diberikan mestilah bersesuian dengan program yang di ambil oleh para pelajar seperti BSC IT Software Engineering; mempelajari bahasa pengaturcaraan lain selain yang di ajar di dalam kelas.